JOHOR BAHRU: Pelbagai pihak menyuarakan bantahan terhadap saranan supaya prigram matrilulasi dimansuhkan.
Berikut adalah kenyataan Perimau Malaysia dan Medidik Malaysia:
PERIMAU MALAYSIA dan MEDIDIK MALAYSIA tidak bersetuju serta membantah sekeras2nya apabila ada agenda dari pihak yang berkenaan untuk memansuhkan Matrikulasi dalam sistem pendidikan di negara kita.
Sepatutnya sistem UEC yang patut dihapuskan dan bukan sistem pendidikan yang ada sekarang.
Program Matrikulasi perlu dikekalkan sebagai akses laluan utama ke Universiti demi memastikan sistem ini berkualiti dan dapat melahirkan generasi yang bermutu dan berintrigiti tinggi.
Pemansuhan progtam ini akan membataskan peluang pelajar ke pengajian tinggi dan tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara untuk masa jangka panjang.
Seluruh warga PERIMAU MALAYSIA amat yakin komitmen dan ketelusan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pelajar2 Malaysia mendapat peluang yang adil dan saksama selaras dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Negara kita.
