Pemain terkaya dunia bakal beraksi di Liga M

KUALA LUMPUR: Pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah tampak bakal melebarkan sayapnya di Liga Malaysia (Liga M) bagi musim ini.

Ini selepas DPMM FC menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu pada jendela perpindahan Januari depan.

DPMM bakal mengikat pemain itu selepas Faiq dilepaskan oleh pasukannya yang beraksi di Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

“Faiq Bolkiah akan dilepaskan oleh pasukannya ketika ini, Ratchaburi FC daripada Liga 1 Thailand.

“Bermula musim 2022/23, beliau tampil dalam 19 perlawanan bersama Chonburi FC sebelum berpindah ke Ratchaburi pada musim 2023/24.

“Namun beliau hanya boleh diikat untuk perpindahan pada Januari nanti ketika jendela perpindahan seterusnya,” kata pasukan itu.

Sebagai rekod, DPMM FC kembali bersaing dalam kancah Liga M bermula musim ini dengan mereka mengikat perjanjian selama tiga musim.

Namun mereka bermula dengan aksi goyah yang menyaksikan mereka belum lagi meraih sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan dengan hanya mengutip satu mata.

Mereka juga tersingkir daripada pusingan 16 Piala FA selepas tewas 4-9 secara agregat di tangan Kuching City FC (KCFC). – BH

More From Author

United silap beli penjaga gol – Scholes

China tembak meriam air ke arah kapal Filipina di Laut China Selatan