Palsu dokumen, FAM dan 7 pemain dikenakan tindakan FIFA

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas melanggari pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).

Turut dikenakan tindakan adalah tujuh pemain berkaitan kesalahan pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA dalam kenyataan memaklumkan, FAM telah menyerahkan dokumen yang dipalsukan ketika membuat semakan kelayakan pemain kepada badan bola sepak dunia itu.

Katanya, tindakan berkenaan bagi membolehkan tujuh pemain terbabit beraksi mewakili skuad kebangsaan.

Mereka adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

“Semua pemain terbabit telah diturunkan ketika perlawanan menentang Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027 pada 10 Jun 2025.

“Aduan mengenai status kelayakan Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Joao Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano dikemukakan kepada FIFA selepas perlawanan itu.

“Jawatankuasa Tatatertib FIFA menilai semua bukti yang dikemukakan sebelum memutuskan bentuk hukuman. FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000. Tujuh pemain berkenaan pula masing-masing didenda CHF2,000,” menurut kenyataan itu.

Pada sama sama, pemain turut dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa dari tarikh pemakluman keputusan.

Bagaimanapun, keputusan masih tertakluk kepada rayuan di hadapan Jawatankuasa Rayuan FIFA. – Majestic

More From Author

Kawasan setinggan terbesar Asia di Mumbai bakal diroboh

‘Sebagai orang Indonesia, saya minta maaf’