Mikail raih emas di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR: Bintang muda negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar berjaya meraih pingat emas di pentas Kejuaraan Remaja Dunia Persatuan Persekutuan Muay Thai Antarabangsa (IFMA) 2025 Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Petinju berusia 16 tahun itu memperaga aksi cemerlang selepas bertanding dalam kategori junior 15-16 lelaki bawah 63.5 kilogram (kg).

Mikail menumbangkan wakil Australia, Lincoln Davis selepas pengadil menghentikan pertarungan atas faktor keselamatan pada pusingan ketiga dengan petarung negara mendahului mata 20-18.

Kejayaan ini jelas menggembirakan Mikail yang sebelum ini tersingkir di peringkat suku akhir kategori Junior 16–17 lelaki bawah 60kg sebelum ini.

Kemenangan ini secara tidak langsung membuktikan kemampuan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh petarung muda ini.

Ia juga turut menjadi petanda positif kepada bakat muda muay thai negara yang sudah pasti bakal menggegar arena antarabangsa selepas ini. – BH

More From Author

Aerotree saman kerajaan RM353 juta batal sewa Blackhawk

Filipina henti beli senjata dari Israel susulan perang di Gaza