Lelaki maut terperosok belakang lori

KLUANG: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terperosok di belakang sebuah lori di Kiloemter 49.1 Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Kanan Bomba II Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 4.19 petang.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS dengan sebuah lori tiga tan jenis Mitsubishi Fuso.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal tersebut melanggar sebelum terperosok di belakang lori,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Penunggang terbabit, Abdol Alim Mutakim yang berusia 59 tahun disahkan meningga dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan (KKM) Layang Layang yang hadir di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan satu unit stretcher sebelum mauyat diserahkan kepada pihak polis.

Pemandu tersebut pula, Teng Weng Chia yang berusia 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, operasi tersebut tamat pukul 5.41 petang. – Majestic

More From Author

Bancuh teh herba, perisa vape ‘berdengung’ dalam apartmen

JDT ‘ajar’ Bangkok United main bola, menang 4-0