Konsert Exists ditunda ke 20 Disember

KUALA LUMPUR: Konsert Exists Premium Live @ PJ yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober ini ditunda ke 20 Disember depan.

Penganjur, Sean Ng dari Jiobuddy berkata, penundaan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk aspek teknikal.

“Tarikh baharu dipilih hasil kesepakatan Exists dan Jiobuddy. Penundaan ini supaya konsert bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya benar-benar menepati konsep premium dan eksklusif,” katanya.

Sean berkata pihaknya tidak bimbang dengan penundaan berkenaan kerana percaya kepada reputasi Exists yang memiliki banyak karya malar segar sejak tiga dekad lalu.

“Permintaan terhadap Exists sentiasa tinggi kerana mereka boleh dilihat di mana-mana. Memang mereka tetap membawa lagu hit sama seperti dalam kebanyakan persembahan sebelum ini.

Sementara itu, kumpulan Exists menyambut baik penundaan tarikh konsert kerana memberi lebih masa untuk memperkemaskan persiapan terutama dari segi teknikal.

“Tarikh baharu ini sangat sesuai kerana kami dapat membuat persiapan lebih rapi. Exists sentiasa mementingkan kualiti serta menghargai setiap ringgit yang dibelanjakan peminat.

“Kami mahu pesona mewah yang dibawa konsert ini menjadi momen tidak dilupakan peminat,” kata Along mewakili Exists.

Tiket yang sudah dibeli kekal sah digunakan untuk tarikh baharu. – BH

More From Author

Sepanyol benarkan siasatan terhadap jenayah Israel di Gaza

Dayang syukur Belagu II dinobat Album Terbaik AIM 24