Jaga pukul jaga, didenda RM1,800

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Singapura didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan warga Nepal di Iskandar Puteri, dekat sini, Ahad lalu.

Tertuduh, S. Jacson Raj, 38, dijatuhkan hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu dihadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Jacson didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap seorang pengawal warga Nepal, Sunar Bal Krishna, 44, di hadapan pondok pengawal Apartmen Nusa Height, Gelang Patah, di Iskandar Puteri pada pukul 1 petang, 31 Ogos lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh, Nurul Hidayah Mohammad Asri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,800, dengan arahan penjara empat bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan akibat berlaku perselisihan faham antara mereka.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan memberitahu, tertuduh bertindak memukul mangsa menggunakan batu bata akibat berasa marah selepas dihalang memasuki kediaman tersebut tanpa kad akses. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Bekas laki bini ‘gila talak’ dicekup khalwat

‘Bapa jerit minta tolong, selamatkan isteri tak pandai berenang’