JOHOR BAHRU: Satu lagi gegaran berlaku dii Batu Pahat awal pagi tadi, yang ketiga berlaku di daerah tersebut sehak bulan lalu.
Gegaran itu berlaku pada pukul 9.04 pagi itu berkoordinat 1.7° Utara dan 103.1° Timur dengan 3.5 magnitud pada jarak 25 kilometer di tenggara Batu Pahat pada kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia dalam laporan memaklumkan, gegaran itu mungkin dirasai di sekitar bandar Batu Pahat.
Pada Ogos lalu, satu gegaran lemah pada 2.9 magnitud telah dilaporkan berlaku kira-kira 25 kilometer barat daya Batu Pahat pada kedalaman 10 kilometer dan dikatakan dirasai oleh penduduk di sekitar Semerah.
Satu lagi gegaran lemah pada magnitud dan kedalaman sama turut dikatakan berlaku di Sri Medan Batu Pahat namun kedua-dua kejadian itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada penduduk di kawasan terlibat. – Majestic