Sesko belum ‘panas’ lagi

MANCHESTER: Gary Neville mendakwa bahawa pemain baharu Manchester United bernilai RM420 juta, Benjamin Sesko, masih ‘jauh daripada tahap sebenar’ selepas keputusan seri 1-1 menentang Fulham, semalam.

Bercakap dalam Podcast Gary Neville selepas perlawanan terbabit, bekas pertahanan United itu berkata terdapat desakan untuk menurunkan Sesko dari awal walaupun pemain itu baru sahaja menyertai pasukan itu.

Sesko, yang menyertai United dari RB Leipzig untuk memperkukuh pilihan serangan Ruben Amorim musim ini adalah sebahagian daripada rombakan bernilai RM1.13 bilion terhadap barisan hadapan United yang semakin tumpul.

Beliau menyertai kelab bersama Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo.

Namun, pemain berusia 22 tahun itu sekali lagi hanya diturunkan sebagai pemain gantian selepas turut masuk dari bangku simpanan ketika kekalahan United kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Neville berkata: “Masalahnya pada separuh masa kedua ialah permainan menjadi lebih terbuka dan agak membimbangkan apabila Fulham menjadi lebih kuat selepas membuat pertukaran, manakala United semakin lemah selepas mereka melakukan pertukaran pemain.

“Buat masa ini untuk Sesko – mari kita berterus terang, dia masih jauh dari segi kecergasan dan belum cukup ‘panas’.

“Memang ada desakan untuk menurunkannya. Saya sendiri pun berksta pada minggu lalu untuk menurunkan dia juga.

“(Amorim) perlu menurunkan Sesko menentang Grimsby dan beri dia 90 minit supaya dia boleh bermain dari awal menentang Burnley Sabtu depan, sebab jelas dia perlukan masa permainan.

“Apa yang anda tidak boleh lakukan ialah biarkan pemain bernilai setinggi itu dengan potensi besar, terus duduk di bangku simpanan. Masalahnya ialah dia (Amorim) juga mahu mengekalkan Mason Mount dalam kesebelasan utama.

“Tetapi bila Sesko masuk, Mount ditarik ke bahagian tengah, dan Casemiro dikeluarkan, barisan tengah jadi terbuka dan Fulham nampaknya lebih berpeluang menjaringkan gol.” -AGENSI

More From Author

‘Rider’yang silap, jiran makan ketam RM500 lunyai kena belasah

Saya halalkan segalanya – Wan Maimunah