SAJI kembali dengan kempen STKM, cerminan sebenar keharmonian Malaysia

KUALA LUMPUR: SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) kembali tahun ini dengan tema ‘rentak yang berbeza, sajian yang sama’ iaitu sebuah kempen berskala besar bagi meraikan kepelbagaian budaya, muzik dan sajian Malaysia.

Tema rentak dan sajian dipilih bagi mengingatkan bahawa walaupun datang daripada latar belakang berbeza, kepelbagaian itulah yang menyatukan rakyat Malaysia.

Lebih menarik, kempen ini diperkasakan dengan sebuah video muzikal yang menampilkan Khayrisha Kemal dan Zalif Sidek bersama lagu tema khas baharu nyanyian Liyashu.

Sebagai pembuka tirai, kempen STKM bermula di Kompleks Komuniti & Sukan Felda Palong 6 pada 16 hingga 17 Ogos lalu bersempena Majlis Sentuhan Madani Felda & Jempol Agrofest 2025.

Majlis pelancaran dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan Fiza Saad, Datuk Fazley Yaakob, Atu Zero, Iskandar Norzaman, Izzal Anuar dan Kai Deva.

Kempen ini akan diteruskan di ibu negara dari 25 hingga 31 Ogos 2025, bersempena sambutan Malam Ambang Merdeka di Fahrenheit, Bukit Bintang.

Warga Kuala Lumpur bakal dihiburkan dengan kehadiran selebriti tanah air serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SAJI Terima Kasih Malaysia: Rentak & Sajian, layari laman web SAJI, Saji Malaysia Official di Facebook, @sajimalaysia di TikTok dan @sajimalaysiaofficial di Instagram. – Majestic

More From Author

Kejohanan Dunia: Pearly-Thinaah lakar sejarah baharu

Siasatan program eHati: 40 individu sudah diambil keterangan termasuk peguam, doktor