Program anjuran MFM ‘fun’ dan menceriakan suasana kemerdekaan

PUTRAJAYA: “Seronok dan menerujakan” itu merupakan di antara reaksi yang diterima oleh Majestic News ketika bertanya kepada pengunjung tentang program anjuran Malayan Flour Mills Berhad (MFM) di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Rata-rata dalam kalangan mereka merasakan MFM telah mengambil satu pendekatan positif dan wajar dipuji apabila datang seawal 6 pagi untuk bersama para pengunjung menyambut hari kemerdekaan, pada masa sama menyediakan hadiah menarik.

Salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Feon merasakan, program ‘Permainan Bergerak dan Hadiah @ Perarakan Merdeka Putrajaya’ sangat menarik dan perlu lebih kerap diadakan pada masa hadapan.

“Pada pandangan saya, program ini sangat ‘fun’ dan krew-krew yang terlibat juga sangat ramah serta mudah untuk berkawan,” katanya ketika ditemui di Dataran Putrajaya, hari ini.

Dalam usaha menyemarakkan suasana kemerdekaan yang ke-68, MFM telah turut serta dalam sambutan Perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Ia merupakan satu di antara program di bawah kempen ‘Penuh Rasa, Menyatukan Jiwa’ yang telah dirancang oleh syarikat perintis industri pengilangan tepung di Malaysia itu sempena hari kemerdekaan.

Untuk hari ini, program dikenali sebagai ‘Permainan Bergerak dan Hadiah @ Perarakan Merdeka Putrajaya’ yang menyediakan permainan menyeronokkan buat para pengunjung seperti cabaran lengkapkan ‘puzzle’ telah diadakan.

Krew acara MFM akan bergerak di lokasi utama sepanjang laluan perarakan, dari Perbadanan Putrajaya hingga ke Masjid Putra, sambil mengajak para pengunjung menyertai permainan tersebut.

Pemenang akan menerima Tepung Cap Ros, topi, beg serta berpeluang menebus hadiah istimewa termasuk beg tote dan barangan eksklusif dengan hanya mengikuti serta menanda @mfmcaprosflour di media sosial.

Sementara itu, penunjung Mohd Radzi Abu Mansor berkata, walaupun program ini memainkan peranan sebagai ‘selingan’ ketika menanti perarakan bermula, namun ia penting dalam memberikan keceriaan kepada pengunjung yang mungkin agak kebosanan kerana perlu menunggu agak lama.

“Sambil-sambil tunggu acara bermula kita boleh turut serta dalam program yang dijalankan. Daripada duduk termenung lebih baik kita ikut serta, ada rezeki boleh menang hadiah,” katanya lagi.

Norsila Ahmad pula berkata: “Terbaik dan teruskan lagi di masa hadapan supaya menceria, meriahkan lagi rasa kemerdekaan ini.”

“Saya sangat enjoy, hilang mengantuk (kerana perlu tunggu lama), sementara menunggu acara bermula. Kadang-kadang stress juga bila tengok tiada tempat duduk, tapi ada permainan seperti ini legalah sikit,” kata Cik B. – Majestic

More From Author

MFM pengeluar Tepung Cap Ros meriahkan suasana Dataran Putrajaya dengan permainan menarik

Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee Wei juara dunia