Pemandu maut, Proton Satria terbabas langgar pokok

KLUANG: Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Satria dipandunya terbabas lalu melanggar pokok di hadapan jirat Cina berhampiran Taman Harmoni, Jalan Simpang Renggam-Ayer Hitam, dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 7.52 pagi itu, pemandu berusia 32 tahun yang tersepit disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam terpaksa mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis. – Majestic

More From Author

WARISAN sahkan bertanding 73 kerusi DUN hadapi PRN17 Sabah

Penduduk bergelut masalah lalat, MPKS sita ladang ayam tak berlesen