Pasang Jalur Gemilang terbalik, 2 lelaki undang kecaman

KEPALA BATAS: Video tular memaparkan tindakan dua lelaki di sebuah kedai perkakasan di sini yang seperti sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik mendapat kecaman warganet.

Dalam rakaman video berdurasi 21 saat, kelihatan seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang yang dipasang pada sebatang besi secara terbalik sebelum seorang lagi merakam aksi berkenaan.

Perbuatan terbabit mengundang kecaman warganet yang mahu tindakan tegas diambil susulan kejadian seumpama itu semakin menjadi-jadi, terutamanya menjelang Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos nanti.

Menurut salah seorang pekerja premis itu yang enggan dikenali, pemilik kedai dan seorang pekerja telah dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Semasa kejadian pagi tadi, saya buat kerja di dalam (premis) dan nampak tauke (pemilik kedai) dengan seorang lagi pekerja berada di luar sedang ukur ketinggian untuk pasang bendera.

“Namun tidak lama kemudian kami terkejut, kecoh di media sosial viral video bendera dipasang terbalik, sedangkan masa saya pergi tengok di luar bendera dipasang betul.

“Saya tidak tahu apa motif tukang rakam video itu. Sepatutnya dia tegur tauke secara berdepan dan memperbetulkan kesilapan, bukannya menyebarkan video ini,” katanya. – BH

More From Author

Pengharaman vape: KKM akan bentang syor pakar ke Kabinet

Anwar jumpa Amir Raja Lawak, beri sumbangan wang tunai