PUTRAJAYA: Anggota kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim mengesahkan Konsert GenKRU yang sepatutnya berlangsung di Pulau Pinang, akhir bulan ini, dibatalkan.
Norman berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga kualiti dan keseronokan peminat, selain tidak mahu kualiti konsert diperbandingkan serta mengelak format persembahan diulang pakai.
“Konsert GenKRU di Kuala Lumpur menjadi penanda aras yang sangat besar bagi kami.
“Jadi, apabila konsert itu sudah meninggalkan penanda aras yang tinggi. Kami tidak mahu menurunkan tarafnya (down grade).
“Selain itu, ketidakseimbangan kos menjadi antara alasan kenapa konsert tidak diteruskan,” katanya ditemui di majlis sidang media Kruniverse bersama Unity Trust Berhad di sini, hari ini.
Norman berkata, konsert di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan berikutan kos penganjuran juga tidak boleh tinggi berbandingi Kuala Lumpur. – BH
