‘Kematian Zara Qairina tak babitkan cucu TYT, isteri menteri’ – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap kematian Zara Qairina Mahathir, 13, mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil.

Katanya, siasatan turut tidak menemui mangsa meninggal dunia akibat didera dalam mesin basuh.

“Siasatan kita menyeluruh dan terperinci. Kali pertama isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen pada 30 Julai lalu, sudah timbul beberapa kenyataan seperti (pelaku) yang terbabit adalah cucu kepada TYT, pengetua adalah isteri menteri dan cara mati didera di mesin basuh.

“Keadaan sudah jadi toksik seperti itu sekali.

“Bagaimanapun, siasatan polis tidak menemui semua itu. Tiada hasil keterangan 195 saksi, tidak ada sama sekali,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – BH

More From Author

Sebutan semula kes Naim Daniel pada 19 September ini

Warga Singapura bunuh, kerat isteri dan anak tiri dihukum penjara 72 tahun, 24 sebatan