SEGAMAT: Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran lima buah rumah yang turut memusnahkan lima kenderaan di Jalan Francis School, Bukit Siput, dekat sini awal pagi ini.
Mangsa dikenal pasti sebagai Tan Ah Gek, 73.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Aizad Mamat, pihaknya menerima laporan yang memusnahkan antara 70 hingga 80 peratus lima buah rumah itu pada pukul 4.36 pagi tadi.

“Kebakaran meragut nyawa seorang wanita warga emas berusia, 73 tahun.
“Selain itu, kebakaran juga melibatkan lima buah kenderaan jenis sedan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dan siasatan dan operasi tamat kira-kira pukul 10.30 pagi.
Seramai 21 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, BBP Segamat dan BBP Labis bersama lima jentera.
