Polis siasat individu sebar maklumat palsu dakwa Sultan Kelantan meninggal dunia

KOTA BHARU: Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meninggal dunia, minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan dijalankan oleh Bukit Aman.

“Sebaik kenyataan itu tular di media sosial, kita membuat laporan polis sebelum siasatan dijalankan oleh Bukit Aman.

“Individu yang memuat naik kenyataan itu juga sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial yang mendakwa kemangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. – BH

More From Author

Tragedi feri karam di Selat Bali, hanya seorang rakyat Malaysia terkorban

MPP PKR belum bermesyuarat isu penggantungan 9 Ahli Parlimen