JOHOR BAHRU: Seorang lagi pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di negeri ini .direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pasport terbang.
Dia bertuguas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.
Difahamkan, tertuduh ditahan ketika berada di kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 10 malam tadi.
Dia disyaki terlibat dengan empat pegawai yang sebelum ini ditahan reman selama enam hari dipercayai memenerima rasuah kira-kira RM3,000, baru-baru ini.
Bayaran tersebut dipercayai bagi kegiatan ‘pasport terbang’ semasa pegawai terlibat bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.
