Mukah lokasi tunggal di Malaysia catat kualiti udara tak sihat

KUCHING: Mukah menjadi satu-satunya lokasi di negara ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, manakala 60 lagi merekodkan bacaan sederhana dan tujuh kawasan pada tahap baik, setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Mukah berada pada tahap 154.

Tujuh kawasan merekodkan IPU baik ialah Kapit di Sarawak (48); Pengerang, Johor (47); Minden, Pulau Pinang (46): Sandakan, Sabah (46); Kulim Hi-Tech (45) dan Langkawi (36) di Kedah serta Kangar di Perlis (35).

Kebakaran hutan yang berlaku berdekatan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah sejak Khamis lalu dikenal pasti menyumbang pencemaran kualiti udara di kawasan terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata operasi pemadaman kebakaran di kawasan itu diteruskan untuk hari keempat, hari ini.

Kebakaran sejak Khamis lalu membabitkan kawasan tanah gambut seluas kira-kira 4.8 hektar. Operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka turut dibantu pekerja ladang dan penduduk kampung. – BH

More From Author

Ratus ribu rakyat Afghanistan ‘dipaksa’ pulang

Kedai makan Pakistan diserbu, guna pekerja asing tanpa permit