Mesyuarat UMNO Johor lancar, bertanding solo, bergabung keputusan pimpinan tertinggi

JOHOR BAHRU: Mesyuarat UMNO peringkat bahagian yang diadakan di negeri ini setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan atau provokasi.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, serakat ini tiada isu-isu sensitif diusulkan atau rasa tidak puas hati daripada kalangan perwakilan.

“Setakat ini mesyuarat berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Md. Israk memberitahu, keputusan sama ada UMNO  akan bertanding solo atau membentuk gabungan dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimaklumkan pimpinan tertinggi apabila tiba masanya nanti.

“Soal ini (bertanding solo atau tidak) juga tidak dibangkitkan oleh mana-mana perwakilan dalam mesyuarat di peringkat bahagian,” katanya. – Majestic

More From Author

Proton perkenal model X50 serba baharu

PM Thailand digantung tugas bermula hari ini