Liga Super dibanjiri pemain tua, duduki tempat ketiga dunia

KUALA LUMPUR: Liga Super Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia yang memiliki ramai pemain berusia atau tua berdasarkan senarai yang dikeluarkan laman terkemuka, Transfermarkt.

Berdasarkan statistik yang keluarkan laman antarabangsa itu di Facebook mereka, purata pemain yang beraksi dalam Liga Super Malaysia adalah 27.7 tahun.

Liga Super Malaysia berada di belakang Gozo League Malta yang mencatat purata umur pemain 29.7 tahun dan Liga Guate di Guatemala (purata umur 27.9 tahun).

Liga Super China pula di kedudukan keempat dengan purata umur 27.7 tahun dalam senarai 20 liga yang disenaraikan Transfermarkt itu, manakala Liga Thailand di tangga ke-16 (purata umur pemain 27.2 tahun).

Purata umur pemain tinggi itu dipercayai membabitkan beberapa faktor termasuk pasukan lebih mempercayai pemain berpengalaman selain faktor kewangan kelab.

Situasi itu dilihat turut berlaku dalam Liga Super Malaysia yang mana kebanyakan pemain senior lebih mendapat tempat dalam kelab berbanding pemain muda atau yang baru mencipta nama.

Malah, kebanyakan pemain import yang diambil kelab dilihat sudah berusia dan ia dipercayai berkait rapat dengan kos membayar gaji yang lebih rendah buat pemain yang berusia. – BH

More From Author

PIS tawar Diploma Seni Kulinari, 30 penuntut perintis daftar akhir bulan ini

Pearly-Thinaah ke separuh akhir, cipta hatrik ke atas Na Eun-Yeon Woo