Tragedi balik raya, 3 penuntut IKBN Jitra maut

ALOR SETAR: Tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, petang ini.

Seorang lagi rakan mereka, parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta, kira-kira jam 2.10 petang itu.

Ketika kejadian, semua mangsa berusia 19 tahun itu yang menunggang dua motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena cuti Aidiladha pada Sabtu ini.

Mangsa maut itu dikenal pasti sebagai Muhamad Habil Mohd Sobri dari Gurun; Muhammad Fahmi Jam dari Jeniang, Sik dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani.

Identiti mangsa yang parah belum dikenalpasti. Jenazah ketiga-tiga pelajar IKBN itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). – BH

More From Author

Kekebalan: Anwar fail notis rayuan

Pura-pura nangis depan mayat isteri, rupanya suami jadi dalang