‘Tiga Abdul’ moden

PETALING JAYA: Tiga beradik perempuan melangsungkan perkahwinan serentak dengan tiga beradik lelaki dalam satu majlis akad nikah dianggap sesuatu yang luar biasa sehingga mencuri perhatian ramai.

Momen indah itu dikongsi pengguna TikTok @Cvtie_lulu yang memaparkan ketiga-tiga pengantin perempuan lengkap berpakaian sedondon berwarna putih ketika majlis akad nikah berlangsung.

“Acara nikah tiga adik-beradik perempuan dengan tiga adik-beradik lelaki,” tulis pemilik akaun berkenaan di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan menganggap situasi tersebut sebagai jarang berlaku.
“Ini baru betul ‘Tiga Abdul’ yang sebenar. Tahniah semua, semoga kekal hingga ke syurga,” ujar @Syakirah8018.

“Pakat berkongsi mentua, balik kampung pun jalan sekali, senang,” seloroh @Shaiful.

“Betul-betul ‘rare’, jarang dapat adik-beradik jadi biras serentak,” kata @Pakduan.

Setakat ini, hantaran tersebut menerima 129,300 tanda suka, 1,406 komen dan 21,300 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Jemaah haji terima ubat lebih cepat hasil teknologi dron – Arab Saudi

Peluang Harimau Malaya tamat badi 10 tahun