Premis perniagaan ditutup pada Sabtu sempena sambutan Aidiladha – MBKT

KUALA LUMPUR: Kesemua kompleks beli-belah dan pasar raya di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah tutup pada Sabtu ini sempena sambuta Hari Raya Aidiladha.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Jusman Ibrahim berkata, bagi premis makanan segera, kedai runcit 24 jam, kedai serbaneka dan lain-lain, arahan penutupan berkuat kuasa bermula 12 tengah malam menjelang 10 Zulhijah hingga 1 petang keesokan hari.

“MBKT memohon kerjasama semua pihak supaya tidak menjalankan sebarang operasi perniagaan pada hari dan waktu ditetapkan, iaitu pada 7 Jun nanti.

“Kegagalan mematuhi arahan akan berdepan tindakan berpandukan undang-undang yang diguna pakai oleh majlis,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi MBKT, hari ini. – MN

More From Author

Cools bakal ke liga Jepun sertai Cerezo Osaka

Partey berminat ke Barcelona