JAKARTA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke final Terbuka Indonesia 2025 selepas menundukkan pasangan China, Li Yi Jing-Luo Xu Min.
Kemenangan itu membawa Pearly-Thinaah ke final ketiga mereka musim ini selepas muncul naib juara Masters Indonesia pada Januari lalu dan menjuarai Terbuka Thailand bulan lalu.
Kini, mereka berpeluang untuk mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama Malaysia memenangi kejuaraan di Terbuka Indonesia sejak kali terakhir dikecapi oleh Chin Ee Hui-Wong Pei Tty pada 2009.
Di final esok, Pearly-Thinaah akan berdepan cabaran getir sama ada pilihan pertama kejohanan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning atau gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.
