Pearly-Thinaah buat beregu no 1 cemas

JAKARTA: Hasrat beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melakar sejarah dalam karier mereka dengan menjuarai Terbuka Indonesia yang merupakan kejohanan Super 1,000 tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan No. 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Istora Senayan, beregu Malaysia yang menghuni ranking No. 4 dunia tersebut tewas dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga ke rubber set kepada gandingan China 25-23, 12-21, 19-21 dalam masa 1 jam 27 minit.

Namun, pujian harus diberikan kepada beregu negara itu. – MN
 

More From Author

Jom bantu cari Sabri Ismail

Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon