KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Yin Shao Loong dilaporkan telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Perkara itu disahkan menerusi video ringkas yang dimuat naik di akaun TikTok Nurul Izzah’s Fans awal pagi tadi.
Sebelum ini, dalam ucapan pada Kongres Nasional PKR yang berlangsung bulan lalu, Nurul Izzah telah menyatakan hasratnya untuk menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini.
Sementara itu, dalam ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan urusan Nurul Izzah bersama suami ketika mengerjakan ibadah tersebut dipermudahkan.
“Semoga Puan Nurul Izzah sentiasa dalam rahmah Allah…amin,” kata pengguna TikTok dengan menggunakan nama Rodziah Mohd Isa. – MN
