JDT tarus perkuat skuad, tanda tangan Ibrahim

JOHOR BAHRU:  Walaupun sudah dianggap ‘gergasi’ bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus berusaha memperkukuhkan lagi skuadnya.

Terbaru, JDT membawa masuk seorang lagi pemain baharu, Ibrahim Manusi untuk menghadapi saingan musim depan.

Penyertaan bekas pemain tengah Sri Pahang FC itu diumumkan menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, hari ini.

“Hanya ada satu tempat untuk membawa bola sepak ke standard yang lebih tinggi. Selamat datang ke Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” menurut kapsyen dalam video tersebut.

Ibrahim merupakan pemain baharu ketiga diumumkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu selepas menandatangani dua tonggak import, Jairo Da Silva dan Antonio Glauder.

Ibrahim menjadi bualan peminat bola sepak negara setelah mempamerkan aksi memukau bersama pasukan Tok Gajah, khususnya pada aksi final Piala Malaysia menentang JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 26 April lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu yang dikatakan beraksi persis bintang Perancis, Patrick Vieira dan dicanang-bakal menjadi tunjang skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

More From Author

Dibelasah rakan sekolah gara-gara simpan gambar bekas kekasih

16 pasukan sah sertai Liga A1 Semi Pro 2025-2026