Jairo Da Silva pemain baharu JDT

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain baharu Jairo Da Silva bagi memperkukuhkan bahagian serangannya menjelang saingan musim depan.

Pengumuman itu dibuat menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

“Selamat datang ke rumah Harimau Selatan, Jairo Da Silva!,” tulis JDT pada kapsyen video dengan Da Silva dilihat memegang jersi Harimau Selatan bernombor 11.

Da Silva, 33, menjadi pemain baharu kedua yang diumumkan JDT selepas awal bulan ini mereka mengumumkan tonggak import di bahagian pertahanan, Antonio Glauder. – MN

More From Author

Ketegangan Timur Tengah, tindakan tarif Trump bakal dominasi Sidang Kemuncak G7

Iran sedia hentikan serangan jika Israel akhiri serangan ke atas Tehran