Fernandes tolak tawaran lumayan RM1.15 bilion Al Hilal

LONDON: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes dilaporkan menolak tawaran bernilai bernilai 200 juta pound (RM1.15 bilion) dari Al Hilal.

BBC.com melaporkan, ejen Fernandes, Miguel Pinho meluangkan tiga hari di sebuah hotel terkemuka di Riyadh minggu lalu, di mana beliau didakwa bertemu dengan pegawai kelab berkenaan.

Kelab Arab Saudi itu dilaporkan menawarkan kontrak tiga tahun bernilai 200 juta pound (RM1.15 bilion) dan bersedia untuk membida pemain tengah berkenaan sebanyak 100 juta pound (RM573 juta).

Namun laporan media hari ini mendakwa pemain berada dari Portugasl itu sudah membuat keputusan mengenai masa depannya dengan menolak tawaran dari kelab Arab Saudi berkenaan.

More From Author

Sekelip mata dua anak saya hilang – Ibu mangsa lemas

Under 18 X Klepet, angkat karya filem ke dalam komik