15 maut, bas bawa pelajar UPSI terbalik di Jalan Jeli-Grik

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli – Grik berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.

Seramai 13 pelajar itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa maut di Hospital Grik.

Kemalangan yang dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi tadi turut membabitkan sebuah kereta.

Sumber berkata, bas membawa 42 penumpang itu disewa khas bagi membawa pelajar UPSI dari Terengganu dan Kelantan yang pulang menyambut perayaan Aidiladha kembali ke kampus bagi memulakan pengajian mereka hari ini. – BH

More From Author

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini

Pelajar demam terselamat nahas