LONDON: Pemain tengah Arsenal, Thomas Partey dilaporkan bersedia berhijrah ke Barcelona secara percuma selepas kontraknya tamat pada penghujung bulan ini.
Berita tersebut tersebar pada ketika jurulatih Mikel Arteta mahu kontraknya dilanjutkan namun sehingga kini tiada kata sepakat dicapai.
Menurut The Mirror, Partey kini cenderung memilih Barcelona selepas menerima panggilan daripada jurulatih Hansi Flick yang berjaya mempengaruhi keputusannya.
Flick dikatakan tertarik dengan pengalaman serta gaya permainan Partey dalam usaha memperkukuhkan jentera tengah Barcelona. – AGENSI
