2 maut, 4 cedera dua bot berlanggar

MERSING: Dua maut manakala empat lagi cedera apabila dua bot berlanggar berhampiran Jeti Kastam Mersing di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan I Mohamed Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pukul 9.04 malam tadi.

Seramai sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Fire Response Vehicle (FRV) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 3 kilometer.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah bot membabitkan enam mangsa.

“Daripada jumlah tersebut, empat mangsa mengalami kecederaan manakala dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihaknya masih melakukan operasi ketika ini dan punca siasatan masih dalam siasatan.- MAJESTIC

More From Author

Dua beranak lemas

finEZ permudah pengguna banding produk kewangan Islam secara digital