Dua beranak lemas

KOTA TINGGI: Dua beranak lemas di kawasan Aliyya Beachfront Campsite (ABC), Kampung Punggai, Pengerang, dekat sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Aldron Dey Judih@Judeh berkata , pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pukul 7.10 petang semalam.

Seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati dua mangsa lemas, iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke darat oleh orang awam sebelum PKO tiba. PKO bertindak menjalankan rawatan CPR ke atas kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa pertama, Muhammad Zamri Mikhail Muhammad Nizam, 8, dihantar ke Klinik Kesihatan Bayu Damai menaiki kenderaan keluarga.

Bapanya, Mohammad Nizam Zainal, 33, dihantar menggunakan Hilux BBP Punggai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di klinik tersebut. – MAJESTIC

More From Author

‘Suami pegang kuat kaki anak – Isteri