KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyambut ulang tahun ke-67.
Anwar berkata, pengorbanan dan kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai.
“Penghargaan kepada seluruh warga TUDM yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahankan ruang udara negara.
“Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian.
Dirgahayu TUDM Ke-67!,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Ulang tahun TUDM ke-67 mengangkat tema ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’.
