Muda calonkan Rashifa pertahan DUN Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mencalonkan Rashifa Aljunied hari ini diumumkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini.

Nama beliau yang juga Ahli Jawatankuasa MUDA Pusat berusia 26 tahun itu diumumkan harii ini oleh Preaiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz yang juga penyandang kerusi tersebut.

Rashifa mengakui persaingan kerusi tersebut akan mencabar dan menyedari berlaku pertandingan beberapa penjuru.

“Saya pun faham Puteri Wangsa ini mungkin hot seat bagi parti politik yang lain. Tapi untuk saya, strategi saya adalah untuk mencerminkan apa yang saya dah dengar, apa yang saya dah nampak di Puteri Wangsa selama empat tahun di sini.

“Saya tak nak bercakap tentang parti ini buat apa, parti itu buat apa. Saya bersedia. Sekali lagi, saya nak ulang. Saya tidak seberapa endahkan berapa penjuru atau parti politik yang lain,” katanya. – MAJESTIC

More From Author

Kerajaan Persekutuan yang bocorkan Johor – Tunku Ismail

JETP agenda berani, berpandangan jauh