KOTA TINGGI: Kempen Pilihan Raya tidak seharusnya menjadi menyemai kebencian, memecah-belahkan rakyat dan perpaduan sehingga merosakkan sistem demokrasi yang telah dibina sejak sekian lama.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan perlu menjadikan demokrasi sebagai platform menawarkan idea dan penyelesaian kepada rakyat, bukannya melakukan serangan tanpa berasaskan fakta.
“Kita mengajak kepada perpaduan, mengajak kepada penubuhan kerajaan yang kuat. Kita berkempen secara berhemah, bukan melakukan serangan-serangan yang yang tak berasaskan kepada fakta dan sebagainya. Kita tidak akan lakukan kempen secara begitu.
“Kita mengajak rakyat Johor dan juga terutamanya orang Melayu menggunakan pilihan raya ini menjayakan demokrasi sebagaimana yang diamal di negara kita. Jangan kerana ada demokrasi kita rosakkan demokrasi, akhirnya kita tak dapat lahirkan sebuah kerajaan yang kuat, yang mampu untuk mengurus negeri dan menyakitkan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Program Minyak Percuma kepada 300 Motosikal fi Stesen BH Petrol fi Felda Air Tawar 3, di sini hari ini. – MAJESTIC
