Lumba maut: Adik pemandu BMW bebas dengan jaminan polis

KLUANG: Pemuda yang berlumba dengan abangnya yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut lima nyawa termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Penuntut univrrsiti di Singapura berusia 19 tahun itu yang dilanjutkan dua hari pada Isnin lalu sudah berakhir semalam dibebaskan sementara menunggu didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tindakan itu selepas pihaknya menerima arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk memberi jaminan terhadap suspek sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Suspek direman sejak 2 Jun lalu sebelum reman disambung mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebaik tempoh reman lanjutan berakhir, polis menahan semula suspek pada Khamis lalu dan direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek adalah pemandu Mercedes Benz A250 manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530e yang didapati memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan berlaku kemalangan meragut nyawa empat sekeluarga.

Mereka yang maut dalam nahas terbabit ialah Semek Mat Soh, 73, anaknya Nor Azlina Abd Latip, 33, dan menantunya, Aiman Mohd Rashid, 36, serta anak saudara Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Abang suspek turut maut dalam nahas yang membabitkan lima kenderaan.

Lelaki itu maut ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapat rawatan.- MAJESTIC

More From Author

Pas tak tanding solo, bina jajaran politik baharu hadapi PRN Johor

Anthony Loke Jangan Berpura-pura – Hairi Mad Shah