Pemandu melulu sebabkan kemalangan direman 2 hari lagi

MUAR: Pemuda yang memandu laju dan melulu bersama-sama abangnya sehingga menyebabkan maut meragut nyawa lima nyawa termaauk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang minggu lalu disambung reman dua hari lagi.

Perintah reman terhadap penuntut sebuah universiti di Singapura berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno selepas tempoh reman empat hari sebelum ini tamat hari ini.

Terdahulu, dia tiba di Kompleks Mahkamah Muar pada pukul 8.50 pagi bagi mendapatkan perintah reman buat kali keempat.

Reman pertama dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibenarkan dua hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Selasa lalu, kemudiannya disambung sehari lagi di Mahkamah Majistret Kluang pada keesokan hari.

Bagaimanapun, sebaik tempoh reman berakhir, polis menahan semula suspek pada Khamis lalu dan direman empat hari di Mahkamah Sesyen Kluang untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, siasatan mengikut Seksyen 42 (1) masih diteruskan berdasarkan video tular yang menunjukkan kenderaan dibawa dipandu laju dan melulu.

Tindakan suspek yang pemandu Mercedes Benz A250 manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530e menyebabkan berlaku kemalangan membabitkan lima kenderaan hingga meragut nyawa empat sekeluarga. – MAJESTIC

More From Author

Bayi lelaki masih hidup ditinggalkan tepi tabung surau

Pas-Bersatu kini sudah tidak bersatu