DAP balas UMNO Johor tanding semua kerusi Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: DAP akan mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook, berkata parti itu akan bersama Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 36 kerusi DUN di negeri itu.

Keputusan itu sebagai timbal balas terhadap sikap Barisan Nasional (BN) Johor yang bertanding di semua 56 kerusi DUN di Johor dalam PRN kali ini.

“DAP akan mempertahankan semua 11 kerusi kami (di PRN Negeri Sembilan).

Pendirian kita jelas, UMNO mahu lawan semua (kerusi) di Johor, PH mahu lawan semua (kerusi) di Negeri Sembilan.

“Di Negeri Sembilan, kita tidak boleh bercakap tentang kerjasama. Keseluruhan idea pembubaran (DUN) ini kerana UMNO sudah menarik sokongan mereka.

“Bagaimana kita boleh berkata sekarang, kami akan bekerjasama dengan mereka untuk mengelakkan sebarang kekalahan,” katanya. -BH

Justeru katanya, jalan terbaik adalah memulangkan mandat itu kepada rakyat dalam PRN akan datang. – MAJESTIC

More From Author

Suami isteri maut pulang kerja di LinKedua

Saya rela tak ada jawatan daripada bekerjasama dengan DAP – Onn Hafiz