EXCO Johor jadi mangsa AI, wajah, suasa diguna akaun TikTok palsu

JOHOR BAHRU: Orang ramai, khususnya rakyat Johor dinasihatkan tidak terpedaya dengan beberapa platform tiktok yang menawarkan Bantuan Kasih Johor melibatkan seorang Exco kerajaan negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan daripada Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail pada 20 Februari lalu.

Berdasarkan siasatan, terdapat empat akaun tiktok palsu telah diwujudkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, ai, bagi meniru wajah dan suara ahli dewan undangan negeri, adun serom itu bagi menyampaikan maklumat berkaitan Bantuan Kasih Johor.

“Siasatan awal mendapati akaun-akaun ini dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar dan bukan merupakan akaun rasmi milik portfolio Pembangunan Wanita dan Nasyarakat negeri Johor.

“Hasil semakan lanjut setakat ini terdapat 12 akaun lain di tiktok yang turut mempromosikan bantuan kasih johor secara tidak sah dan dipercayai bertujuan memperdayakan orang ramai. akaun-akaun ini sedang dalam penelitian lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar serta penglibatan mana-mana pihak dalam aktiviti berunsur penipuan atau penyebaran maklumat palsu.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat polis kontinjen johor di johor bahru, hari ini.

Ab Rahaman menjelaskan, semua akaun tersebut diwujudkan di negara jiran.

menurutnya, kewujudan akaun-akaun TikTok palsu itu bertujuan untuk mendapatkan data peribadi orang ramai yang menekan pautan yang disediakan bagi pelbagai tujuan termasuk penipuan, mengakses akaun dan penyebaran maklumat palsu.

Kewujudan pelbagai akaun tersebut merupakan satu modus operandi terancang yang menggunakan teknologi ai bagi meniru personaliti individu berprofil tinggi untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat johor tidak mudah memberikan maklumat peribadi kepada pihak-pihak yang tidak dikenali dan meragukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

walau bagaimanapun, setakat ini belum ada mangsa dikenal pasti dan tiada sebarang kerugian dilaporkan.

Jabatan siasatan Jenayah Komersial Johor dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengenal pasti pemilik akaun terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya termasuk memohon supaya akaun dan kandungan tersebut diturunkan dengan segera.

Kes itu disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan seksyen 232 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MAJESTIC

More From Author

Rumah teres jadi pejabat perbaharui permit pekerja asing

SSI: Kenyataan tak berasas, dangkal – Exco Sukan