Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor cedera kemalangan

JOHOR BAHRU: Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khirul Muntanazar Ismail cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu terbabas lalu terbalik di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Tanjung Puteri Resort di sini hari ini.

Semasa kejadian tersebut Isteri serta seorang anaknya turut menaiki MPV tersebut tetapi selamat.

“Isteri serta anaknya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Hasil pemeriksaan sinar-X mendapati beliau mengalami patah pada bahagian tangan kiri dan memerlukan pembedahan segera bagi pemasangan besi.

“Keadaan kesihatan keseluruhan beliau adalah stabil. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan serta mengurniakan kesembuhan yang segera kepada beliau,” demikian menurut Pas Johor dalam satu kenyataan hari ini.- Majestic

More From Author

Seorang dikhuatiri lemas, dua lagi selamat

Kerat wanita: Dua anak perempuan suspek utama pula ditahan