‘Kawan jaga kawan’ usaha tangani kes buli di sekolah

KLUANG: Kementerian Pendidikan melaksanakan program berkonsepkan ‘kawan jaga kawan’ sebagai usaha menangani kes buli di sekolah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, program berkenaan melibatkan pelbagai agensi bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat di sekolah supaya mereka saling membantu antara satu sama lain.

“Saya lebih suka melihat bahawa kawan-kawan jaga kawan-kawan. Kalau dijaga kawan-kawan mereka tidak akan terasa terancam atau tidak selesa.

“Mereka sama-sama sendiri yang akan membantu dan di sini perlunya kaunseling dapat diberikan kepada anak-anak dan juga guru-guru untuk terus terlibat dalam memastikan bahawa keselamatan dan keseronokan belajar itu wujud di sekolah.

“Kementerian sentiasa bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita bagi memperkukuh ekosistem pendidikan dan memastikan keselamatan murid.

“Akta Anti Buli 2026 yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Sabtu diharap dapat memberi penekanan lebih tegas terhadap isu buli di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam di sini hari ini.

Katanya, sekolah perlu menjadi rumah kedua kepada pelajar di mana mereka dapat belajar, berkawan, membesar dan mengikuti pendidikan dalam suasana yang selamat serta menyeronokkan.

Sementara itu, Aminuddin memberitahu, seramai 615,120 pelajar memulakan sesi persekolahan 2026 semalam dan hari ini melibatkan pelbagai peringkat pendidikan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 23,740 merupakan murid pra-sekolah, 55,406 merupakan murid tahun satu dan 47,237 pelajar tingkatan satu.

Selain itu kataya, KPM turut memperuntukkan lebih RM87 juta di bawah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi negeri Johor, dengan RM127,000 diperuntukkan kepada SK Dato’ Onn Jaafar.- Majestic

More From Author

Along ugut culik, jual ibu peminjam

Anggota polis tampar penunggang motosikal diburu