GAZA: Israel memusnahkan lebih 1,500 bangunan di kawasan Semenanjung Gaza yang masih berada di bawah kawalannya sejak gencatan senjata dengan Hamas bermula pada 10 Oktober lalu.
Memetik BBC, BBC Verify menunjukkan imej satelit yang diambil setakat 8 November lalu, memperlihatkan seluruh kawasan kejiranan yang dikawal Israel diratakan dalam tempoh kurang sebulan melalui aktiviti perobohan.
Difahamkan, jumlah sebenar bangunan yang musnah dipercayai lebih tinggi kerana imej satelit bagi beberapa kawasan tidak dapat diakses untuk penilaian.
Beberapa pakar berpendapat, tindakan itu mungkin melanggar syarat gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat (AS), Mesir, Qatar dan Turkiye. – AGENSI
