JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli dilaporkan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti itu, hari ini.
Perkara itu dikongsikan salah seorang pegawainya, Syukri Razab menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam media sosial, sebentar tadi.
“Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya,” katanya.
Dalam ruangan komen, orang ramai menyatakan simpati dengan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi.
“Semua dah fix, mestilah kalah,” tulis seorang pengguna sosial di ruangan tersebut.
Namun, sehingga pukul 7.30 malam ini belum ada keputusan rasmi dikeluarkan.
