SEGAMAT: Gempa bumi lemah berlaku di Jementah di sini pada pukul 7:55 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memaklumkan, gegaran lemah bermagnitud 2.7 itu berlaku kira-kira 3 kilometer barat dari Segamat
Gempa berkenaan berpusat pada koordinat 2.5 darjah utara, 102.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya,” menurut MetMalaysia.
Gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos) dan 3.4 magnitud (29 Ogos).
Sementara di Batu Pahat pula dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud dilaporkan berlaku pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu. – Majestic
