TANGKAK: Seorang kanak-kanak perempuan lemas terjauh dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Johar Tumin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 2.19 petang.
Susulan itu katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 7 kilometer.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terjauh dalam sebuah lombong.

“Mangsa kemudian berjaya ditemui pukul 3.10 petang oleh pasukan penyelamat selepas kaedah surface searching dan grapling iron digunakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mayat mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 2 meter sebelum disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurutnya, maayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 3.43 petang. – Majestic
