Menu Siswa Rahmah bantu 9,000 mahasiswa UTM

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sentiasa prihatin memperkenalkan Menu Siswa Rahmah sempena Minggu Mesra Mahasiswa 2025/2026.

Pelancaran inisiatif tersebut yang menawarkan hidangan seimbang pada harga berpatutan untuk para penuntut dirasmikan hari ini sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) sesi 2025/2026.

UTM dalam satu kenyataan memakumkan, inisiatif tersebut sebagai usaha untuk membantu mahasiswa menangani cabaran kos sara hidup. 

Univerisiti itu memaklumkan, Menu Siswa Rahmah terbuka kepada penuntut kategori B40 serta mereka yang memerlukan sokongan kebajikan, akan mula ditawarkan di kafe-kafe terpilih bermula 6 Oktober ini.

“Menerusi inisiatif ini, sebanyak 14 kafe terawal tampil menyahut usaha murni tersebut dengan menawarkan menu seimbang pada harga RM5, sekali gus meringankan beban perbelanjaan dan memberi manfaat kepada hampir 9,000 pelajar yang dikenal pasti layak.

“Pelaksanaan program ini dipermudah melalui aplikasi UTM Smart, di mana pelajar hanya perlu mengimbas kod QR untuk mengakses menu berkenaan. 

“Bagi menjamin kelancaran pelaksanaan, universiti memperuntukkan RM90,000 khusus bagi pembelian beras untuk tempoh enam bulan pertama, selain merancang pelbagai inisiatif kutipan dana bagi memastikan kesinambungan program pada masa depan,” menurut kenyataan itu.

Menurut UTM, dalam majlis pelancaran itu, pengusaha-pengusaha kafe yang menyokong inisiatif tersebut menerima sijil penghargaan daripada universiti.

Sementara penuntut pula terpilih menerima simbolik Kad Prihatin Siswa daripada Naib Canselor UTM, Prof Dr  Mohd Shafry Mohd Rahim sebagai tanda kelayakan untuk membuat pembelian Menu Siswa Rahmah.

Menu Siswa Rahmah terbuka kepada pelajar kategori B40 serta mereka yang memerlukan sokongan kebajikan, dan akan mula ditawarkan di kafe-kafe terpilih bermula 6 Oktober ini.

Penggabungan dua agenda besar iaitu penganjuran Minggu Mesra Mahasiswa dan pelaksanaan Menu Siswa Rahmah sekali lagi membuktikan keprihatinan UTM dalam mendahulukan kebajikan warganya.- Majestic

More From Author

Afiq dinobat  Olahragawan Johor 

SPRM tahan lima pengusaha kebun haram musang king