Tiga ditahan kes kecederaan OCPD Dang Wangi

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kecederaan dialami Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman ketika operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ketiga-tiga individu terbabit ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, Sulizmie kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil serta sihat. Saya percaya beliau menerima rawatan sempurna,” katanya selepas Majlis Penutup Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-undang (Nafsle) Edisi ke-6 2025 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Sulizmie cedera di bahagian kepala akibat rempuhan halangan polis oleh sekumpulan individu di kawasan operasi terbabit. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Rakyat Malaysia kongsi detik cemas terkandas di Nepal

Cederakan OCPD Dang Wangi perbuatan keji, mesti dikecam – Anwar