Jom bantu cari Rehnusureyen, hilang sejak 30 Ogos

PETALING JAYA: Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa, Rehnusureyen Chandrasegeran, 25, pada pukul 2.13 pagi tadi.

“Mangsa kali terakhir dilihat berada di SD Apartment 2, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara pada kira-kira pukul 9 malam, 30 Ogos lalu.

“Mangsa mempunyai ketinggian 1.75 meter dan berhidung mancung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Raymond Gerard Al Anthony di talian 012-7896691 / 03-61421222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Sophia Albarakbah bangkit lawan trauma

Perancang Real Zaragoza sertai JDT?